Kesemua pelajar Politeknik Muadzam Shah adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Muadzam Shah dari masa ke semasa. Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di Politeknik Muadzam Shah diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baru. Pelbagai aktiviti telah dan sedang diatur untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kelebihan menjadi seorang pelajar yang berdisiplin. Pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).